Pengikut

Sabtu, 20 April 2013

PERCUTIAN YG DAEBARK...AT LANGKAWI ONE'S MORE...^^


                                                       kawaiee....hehehe aku & mereka
                                 promote kain baju kt kedai mak cik nie...at muzium mahsuri
                     olorrh2...comeinya kawan aku sorang nie...ngn sunglassesnya bagai...hahaha




Jumaat, 1 Mac 2013

COOOBAAA'AANNN

memang xku sangka masa 2 cepat sangat berlalu, rasanya mcm baru saja ku masuk UUM nie, aleh2 pertenghan sem nie dah nk keluaq..hhhmmm, rasa mcm sedih plk sebb nk tinggalkan bumi sinto yang tercinta nie...p/s tercinta lagh sangt. hhmmm, sekrng nie ku dalam dilema student...mcm keja nk kena siapkn sampai xada masa untuk diri sendri. nk bercinta pon xdark masa jugk nie...haha..mana dengan assgmt lgi thesis lagi n paling teruk prktikal pon ada...terbaeeekkkk...3 in 1. sangtlah memenatkan badan ini..tpi nasib baek lagh jadual kelas xbyk sem ni..3 hari ja. tpi keja lecture bgi xpyh ckp aghh..gila gaban banyknya. tpi apa pun I WILL TRY MY BEST...THE BEST PART IS, aku dalam usaha untuk belaja lagh nie. xnk laghh buang masa untuk perkara yang xseptutnya..tpi memg itu pon yng berlku ketika and saat nie..will wish me good luck k...wasalam ^_^

Khamis, 3 Januari 2013

AKU DAN SI PANGERAN KATAK




Rasanya macam baru semalam sahaja aku berada dalam alam persekolahan. macam tak percaya ja yang sekarang nie dah bergelar mahasiswi dan jadi penuntut kat UUM. Emmm…dah jadi impian aku nak masuk universiti dari dulu lagi. Tapi tak tahulah kenapa cepat sangat masa berlalu. Kawan-kawan yang lain rasanya semuanya ada yang dah berkahwin dan bekerja. Aku masih lagi dengan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan pelajar. Masih terlalu jauh untuk aku fikir tentang nak bercinta apatah lagi nak berkahwin. Masih aku ingat lagi masa sekolah rendah aku berkawan dengan ramai kawan dan bermain bersama-sama. Tapi semenjak meningkat dewasa nie, aku macam malas ja nak berkawan dengan ramai orang sangat.  Mungkin sebab aku dah tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tak boleh melebihi had sangat…hehehe, boleh tengok sendiri apa yang berlaku tambah lagi dah masuk paper macam-macam perkara tak senonoh berlaku. Aku nak elakkan itulah daripada berlaku. Orang cakap mencegah lebih baik daripada mengubati. Betol ahh tu, rasanya. Dulu masa darjah enam aku minat sangat dengan budak lelaki nie…rasanya, semua orang dah tahu yang aku suka kat dia. But yang peliknya, sampai sekarang aku still lagi suka kat dya. Dia nak kata hensem sangat tu x adalah. Tapi muka dya xboleh buat orang jemu ja bila pandang. Nama dya…emmm, MR F atau orang lebih dikenali sebagai kEY. Tapi kan, kadang2 muka dya pun boleh buat orang menyampah gak. Tapi aku suka bila tengok dya senyum…emmm, buat jantung aku berdegup kencang ja, bila dya dekat dengan aku. Sebab tu jugak aku x boleh nak bertentang mata dengan dya. Bukan sebab aku takut, tapi aku lebih kepada malu. Aku x jelous kalo dya bercinta dengan owang yang aku tak kenal. Tapi kalo aku nmpak dya rapat dengan owang yang satu kelas dengan aku. Aku jadi sakit hati bercampur cemburu pulak. Tapi aku selalu pandang curi tengok dya. Tapi entah kenapa jugak. Aku rasa macam kami nie macam ada telepati pulak. Coz, tingkah-laku dan percakapan dya hampir sama dengan aku. Dan apa saja yang kitorang buat hampir sama saja. Contohnya pakai baju warna yang sama…hehee, kan maksudnya ada telepati 2. Tol tak!!! Ehhhh...perasan pulk kan aku nie. Tapi aku asyik mimpi dya. Kalo aku mimpi pasal dya, aku mesti akan berjumpa dengan dya. Owang cakap kalo kita jumpa owang yang sama 3x dalam satu masa tu tandanya kita ada jodoh dengan dya. Sebut pasal jodoh, aku bakal ada jodoh kew dengan putera katak idaman aku nie. Tapi terus terang aku cakap aku tak boleh lari dari orang yang bernama, MR F. Nama MR F dah terlalu familiar sangat dalam hidup aku nie. Aku tak harap sangat nak bercinta dengan KEY dalam realiti, sebab rasanya dalam mimpi pon aku dah cukup bahagia sebab dapat nampak muka dya. Tapi dalam mimpi pon aku jadi seorang yang tak boleh nak luahkan perasaan aku nie. Tapi yang pasti aku memang x layak dengan dya. Dya orang kaya. Sapalah aku nak suka kat dya. Aku memang tak layak untuk dya. Betol nie!!!. Tapi aku memang tertarik dengan dya masa sekolah rendah lagi. Entah kenapa sebelum nie, aku boleh x perasan yang orang yang dekat dan satu sekolah malah satu kelas dengan dya, dan aku boleh suka kat dya. Hehehe, aku dah jadi macam Oh Ha Ni yang suka pada Baek Seung Jo. Tapi Oh Ha Ni berani luahkan perasan dya kat owang yang dya suka, sebaliknya aku bukan owang yang macam 2. Ohhh…Tuhan, kenapa kau beri aku perasan macam nie, aku hanya suka kat dya. Kenapa aku tak boleh suka pada owang laen. Sebab nielah, aku tak suka pada lelaki-lelaki yang laen sebab aku jenis yang setia pada satu ja dan owang yang paling aku suka ialah dya, just dya sorang ja. Cuma dya yang boleh buat jantung aku berdegup kencang. Aku ingat lagi, masa tu macam mana dya tawan hati aku. Kata-kata dya 2 yang buat aku jatuh cinta pandang pertama. Sekarang baru aku tahu kenapa MY BESTFRIEND aku pun suka kat dya. Aku ingat lagi masa aku dan MISS W sama-sama kawan baek. MISS W lah owang pertama yang mula-mula suka kat MR F dulu, pastu baru aku. Hehehe, kalo nak di ikotkan masa tu aku sikit pon xpandang pon muka dya 2. Aku pandang kat MR H ja, sebab MR H barulah cinta pertama aku. Hehehe…tapi semenjak peristiwa 2 MR F dah jadi cinta pandang kedua aku hingga sekarang. Rasanya dah hampir 9 tahun aku suka kat dya nie, dan sampai sekarang aku masih belum  ada penganti yang sesuai tok ganti posisi dya dalam hati aku nie. Sungguh nie!!! Bukan lawak-lawak tau. Hehehe…tapi jodoh pertemuan 2kan ditentukan oleh Allah S.W.T. aku hanya serahkan padanya saja. Tapi betollah, yang jodoh aku ngan MR F, aku still xleh nak percaya or terima kenyataan nie. Sebabnya aku tak harap sangat nak bersama ngan dya. Hehehe…2 yang pelikkan. Dah suka tapi tak nak bersama, tapi asyik nak rindu ja. Pelik…tapi yang pasti aku sedang mencari jejaka idaman aku yang ada dalam mimpi. Sang putera yang berpakaian serba putih cukup memikat hati aku. Yang pasti, aku nie jenis yang mudah jatuh cinta. Tapi xkan sesekali terjebak dalam percintaaan 3segi tau. Aku tak nak owang yang aku suka pernah suka pada owang laen. Sebab aku nie jenis yang suka cemburu. Aku akan mudah cemburu kalau aku dapat tau owang yang aku suka pernah bercinta. Dan aku hanya nak cinta sejati 2 hanya datang sekali buat seumur hidup. Dan aku xnak ahhh…percintaan yang murah. Maksudnya, hehehe!!!paham2 sendirilah. Perasaan yang terkubur dlm hati nie rasanya akan terus terkubur kowt. Tpi hari 2..aghh, mcm mana plk aku boleh terkomen kat wall dya. Time 2 dya frust sbb break ngn awek nama MISS D. Huhu..banyak awek dya. Aku pon xtahu lagh yg mana 1 nak kekal. Klo dya belom kawin lagi rasanya tak salahkan klo aku nak punyai perasaan nie. Hhmmm…sebut pasal komen, aku sebenarnya mcm mana leh berani plk nk komen kat wall dya masa 2. Pastu siap hamper nk luahkan perasaan lgi. Mujur laghh dya xtanya banyak sangt n aku pandai coverline jugk..hehehe. klo x…ishhh, mampos aku nk menjawab nnti. Klo terjumpa dya kat mana2 ka confirm aku lari nie. Xtunggu dah. Bila enth erkk, dya ada post jugk pasal dya xcident…mcm teruk,aku jdi concern plk masa 2. But, pada masa yang sama jugak lepas dya xcident 2…bulan yg sama. Aku pon xcident gark. Rasa pelik plk mcm mana kmi boleh xcident pda buln yg sama. Nasib baek bukan tarikh ngn waktu yang sama. Klo x memg ajaiblagh..


















'









Rabu, 2 Januari 2013

LOST MEMORI

Hhhmmm..sebenarnya kalo nak dikutkan aku ada blog seblom nie..yang nie blog ke-2 aku...blog yang pertama 2...enth mcm mana aku boleh terlupa pasword plk...hehe, semperna thun baru nie..azam pon mesti kena bru kan..so blog pon kena laghh bru and kreatif banyak...apa yang menariknya tentang blog aku nie..hmmm, aku pon xsure lagi sebenarnya..tpi aku akan updateslah apa-apa yang ku rsa menarik erk bgi aku..klo ada yang sudi follow blog aku nie, aku ucpkan slamat dtng and terima kasih banyak2...hmmm, target ku xbanyk...klo ada 100 follower pon dah ok gark 2 sbb aku nie buknnya nak glamour sgt mcm blogger2 lagi...sebut pasal blogger, mesti ada yang penah tngok citer CINTA VLOG kan..hehe, aku just nak bagitau kat korang2 yg ku suka kat ALIFF AZIZ...dya cute..tpi 2 laghh yg masalahnya dya 2 sosial jugk erk..hhmmm, elok2 couple ngn si ANNE 2...tetiba ja putus, aku punya lagh maen sokong lgi hubungn diowg 2..hhhmmm, rasa byk plk aku taip nie, naek lenguh dah jri nie..aka sebnry xdark idea nk type ape..p/s korang paham x bhasa loghat aku nie..harp2 paham lagh erkk..k lagh sampai ketemu...Assalamualaikum

MUSIM EXAM

sekarang nie tengh musim exam kat UUM..aghh, esok ada 1 paper nk kena hadapi "alam sekitar" nampk mcm kacang ja kan...tpi jgn pandang rendh owghh...hhmmm...yg jelas musim exam nie sgt2 lagh memenatkan diriku..letih tau nak kena study...(wat mcm study sgt)huhu

BENCI TAPI RINDU



Mohamad zahirul irfan, sehebat namanya kerana mempunyai paras rupa yang cukup sempurna dan digilai oleh ramai pelajar perempuan sama ada senior mahupun junior. Namun, sayang sekali kekacaknya itu dimanafaatkan untuk tujuan menghancurkan hati kaum hawa. Lantaran itu dia diberi gelaran kasanova universiti kelas satu. Kekacakannya mungkin dikatakan sekacak nabi yusuf seperti yang diwawarkan oleh kakak-kakak senior, tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pelakon korea kesukaanku…hehehe. Aku cukup membenci setiap kali nama itu sering menjadi buah mulut dikalangan senior mahupun junior. Entah apa yang hebat sangat aku sendiri tidak mengerti. Entah mengapa setiap kali mendengar nama itu, aku tiba-tiba sahaja menjadi anti lelaki. Pelik…sebelum ini tak pernah dalam sejarah kamus hidup aku mengelakkan diri daripada kaum adam. Namun semenjak kemunculan si pangeran muda ini dalam hidupku, kehidupan menjadi rumit…rumit…dan semakin rumit. Nak tahu apa yang terjadi, hah…bacalah cerita nie sampai habis!!!. “cik alya alisa, awak nak ke mana tu, nak saya temankan tak?’. Tanya lelaki itu. Aku dengan sedikit bengang menjawab ‘yang awak nak sibuk hal saya ni, kenapa,pergilah cari awek awak tu!’. Aku terus menolak mentah-mentah ajakan lelaki itu untuk keluar makan tengah hari bersama, kerana aku cukup persis dengan sikapnya itu. Tidak mustahil kalau dia juga akan turut memainkan perasaan aku. Aku kekadangnya berasa keliru dengan sikapnya itu. Kadang-kadang bersifat mesra dan kadang-kadang juga boleh bersikap angkuh. Zahirul yang kehairanan dengan sikap aku itu, lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal.  “Amboi marah nampak, xkan laghh sebab aku xjumpa kau semalam, kau dah mengamuk sampai mcm nie, alah lisa…sorrylah, aku betul2 sibuk semalam, nak call tapi kredit pulak habis”. “Aku mengeluh...aghh, banyak laghh kau punya kredit habis, kau ingt mata aku kat kepala lutut kew, aku nmpak agh apa yang kau wat semlam tu” jawab aku benggang. Zahirul ketawa, “owh!!! Jadi kau nampk agh ya, hmmm…kalau dah mcm tu x payah laghh aku bagi apa-apa alas an lagi erkk, ok2…aku mengaku yang aku x hadiri perjumpaan 2 sebb aku date ngn junior, ok puas hati kau sekarang!!!. Giliran dia pulak marah aku. Tanpa buang waktu lagi, aku terus berlari meninggalkan dia. Sejak kejadian tu, dah 2 minggu aku x dapat menatap wajahnya…aku ingin sekali mengelakkan diri daripada berjumpanya. Tapi apa daya aku hendak melawan ketentuan Tuhan, enth mcm mana hari ini secara xsengaja aku terlanggar dia yang sedang enak tidur di bawah pohon pokok mangga. “fuuhhh…nasib baik mamat sewel nie xsedar, kalo x mahunya dia serang aku lagi..hehehe”…bermonologlah aku di dalam hati. Aku mengambil peluang ini, untuk cuba mendekatinya, perlahan2 aku duduk dihadapannya sambil memegang bulu pelepah, aku cuba untuk mempermainkan zahirul. Tiba2…dia menarik tangnku, lalu aku menjerit, “agghhhhhhh…!!! Opocot mak engkau…” kuang asam jawa betol mamat nie, xtidr rupanya. “oit…dah lama wat keje mcm nie, kco aku nk tidr jalah”. Marah zahirul….!!!AGHHH…XDARK ILHAM LAH…HUHU


                                
                 TIME RAYA AIDILFITRI 2011...AKU NGN ADIK POMPNKU NIE TEMA PUPLE...

 HAHH...NIE PLK HERO2 DLM FAMILYKU...YG BJU PUTIH 2 NAMANYA AMIN YG NO 4..AZAM NO 5...AND LASTLY ADIK KECIKKU SYUKUR...COMEL X...HAHA





 NIE MY DAD AND MY MUM ENCIK JAMIL DAN PUAN JAMILAH...PERGHH SECOCOK KAN..^^V

KAU NAFAS AKHIRKU...ILHAM YG TETIBA JA DTNG DLM BENAK FIKIRANKU...XTAU LAGH BEST X..HEHE










 
                                         NIE COVER PAGES DYA...COMEL X...(^_^)v


Kau nafas akhirku 1

Nada najwa!!!...kedengaran suara umi memanggil namaku. Aku dengan mood yang agak malas cuba untuk bangun dari tidurku.
“ah…umi ni, aku baru ja nak berangan jumpa dengan putera raja, tak pasal-pasal bukan putera raja yang datang, tapi…sekali datang puan besar dah, eh!!! cup-cup, puan besar tu umi kan..alamak!!!”
Dari jauh nada dapat menangkap bunyi tapak kaki uminya menuju ke bilik. Cepat-cepat dia bangun untuk mengemaskan biliknya. Jika tidak, tidak tahulah apa yang akan dilakukan oleh umi terhadapnya nanti. Mungkin saja dia akan dipaksa untuk berkahwin atau mencari pekerjaan kerana dia sekarang ini sudah di istiharkan sebagai penganggur terhormat.
“Lah…tak bangun lagi ke anak umi yang sorang ni,sempat lagi mengata kat umi ya”
“err…tengah bangun lah ni umi, eh…macam mana umi tahu nie” nada mengaru kepalanya yang tak gatal.
“hmmm…kamu ingat umi ni baru kenal kamu satu hari ke nada, umi yang lahirkan kamu tau dan umi juga yang besarkan kamu, tentulah umi tahu perangai anak umi ni macam mana, nakal tak padan dengan perempuan”.
“eh…ya ka umi, agak-agak umi lah kan, nada ikut perangai sapa erk,hehehe”
“hmmm…tak lain tak bukan, ikut perangai abah kamu lah tu, dah…siap-siap cepat”
“nak pergi mana umi, pagi-pagi buta macam ni” sekali lagi nada mengaru kepalanya yang tak gatal tu, hairan dengan sikap uminya semenjak dua menjak ini. Baru-baru ini dia ada mendengar ura-ura yang kawan abahnya ada datang ke rumah untuk melamar. Nak melamar siapa lagi kalau bukan dia. Cuma dia saja satu-satunya anak perempuan datin kamilia dan dato johari, yang lain tu abang-abangnnya.
“umi…tak payah cakap kut, rasanya kamu pun dah tahu kan nada, dah bebuih mulut umi ni tau suruh kamu tu kerja dengan abah kamu, tapi kamu tu degil, kononnya nak jadi ahli muzik , main gitar. kamu tau kan perangai abah kamu tu macam mana. Dia kalau boleh nak anak-anaknya mewarisi perniagaan, tapi kamu ni umi tengok lain bebenar dengan abang-abang kamu, pening umi tau”.
“umi…, nada bukan tak nak kerja dengan abah, tapi umi sendiri tau kan…nada tak sesuai, tak kena dengan jiwalah umi. Umi…please bagi tau kat abah niat nada ni, yang pasal kawan abah datang melamar nada tu, nada dah bagitau awal-awal lagi kan, nada tak nak kahwin lagi, tapi kalau abah memaksa jugak kali ni. Nada nekad, nada nak lari dari rumah…apa nak jadi, jadilah”.
“nada…!!!”. datin kamilia meninggikan suaranya. Kali ini dia sudah tak berupaya untuk menasihati anak bongsunya itu. Mungkin salahnya juga kerana terlalu memanjakan nada, sampai-sampai anaknya itu sudah berani melawan kata.
Nada najwa sudah meninggalkan katilnya dan menuju ke bilik air. Dia menangis tersedu-sedan.
‘umi…maafkan nada  ya, nada  tak berniat pun nak menyinggung perasaan umi, apatah lagi nak melawan cakap umi, tapi biarlah nada mencari kebahagian nada sendiri, nada tak nak jadi macam along yang dijodohkan umi dengan abah…tapi tengoklah sendiri, along tak bahagia’. Tetiba sahaja nada teringatkan alongnya Aiman Hakim, entah alongnya bahagia atau tidak berada di perantauan, gara-gara ditinggalkan kakak iparkan Sofea Emilia.
Datin kamilia mengetuk pintu bilik air, tapi tak ada sedikit respond menunjukkan anaknya itu mahu keluar, perlahan-lahan dia melangkah keluar menuruni anak tangga sambil berfikir yang Nada Najwa mungkin memerlukan sedikit masa untuk bertenang.
Nada mengintai disebalik pintu, melihat sahaja uminya sudah keluar dari bilik cepat-cepat dia mengambil bagasinya dan memasukkan pakaian dan apa sahaja barang keperluan yang perlu dibawa. Nada Najwa sudah nekad sebulat suara kali ini dia tak akan sama sekali memenuhi permintaan umi dan abahnya. Nada mengambil buku akaunnya yang berbaki lima ribu ringgit itu.
“Alahai…cukup ke duit banyak ni nak lari dari rumah. Silap hari bulan aku kena basuh pinggan mangkuk kat gerai mamak ni. think najwa…think”. Nada mendapat satu idea. Dia akan mencari alongnya di Perlis nanti. Segera Nada mengambil kotak yang disimpan kemas di bawah katil. Kotak itu diambilnya dan diselongkar isinya untuk mencari alamat along.
“Hah…jumpa pun, nasib baik aku still simpan lagi alamat along ni, fuhhh…selamat, hilang satu masalah, Perlis…here I come.!!!”. nada mengukirkan senyuman penuh bermakna. Alamat alongnya disimpan dengan kemas  di dalam walletnya. Matlamat utama, adalah untuk mencari alongnya Aiman Hakim terlebih dahulu. Setelah Nada memasukkan segala pakaian dan barang keperluan dia perlu segera bersia-siap. Jadual kerja abah dan abangnya yang kedua Imran Hakimi sudah dihafalnya. Pagi-pagi lagi mereka sudah berangkat ke tempat kerja, manakala uminya pula pasti berada di bilik pada waktu ini. Setiap kali uminya merajuk, sudah menjadi kebiasaan pula uminya itu berkurung di dalam bilik selama satu jam. Selepas itu barulah umi baik semula. Nada telah mengambil peluang yang ada ini untuk melarikan diri, namun sebelum itu, dia sempat menitipkan surat kepada umi dan abahnya supaya tidak membimbangkan keadaannya. Sedegil-degilnya dia, dia tak sanggup untuk membuatkan orang tuanya bimbang akan keadaannya itu. Sebab syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Umi…abah, nada mintak maaf ya, bukan niat nada untuk membelakangi umi dan abah, tapi biarkan lah nada mencari kebahagian nada sendiri, nada tak nak jadi seperti along, nada harap umi dan abah dapat faham perasaan nada. Umi dan abah jangan lah bimbangkan nada, nada akan baik-baik saja, insyallah!!! Nada mintak umi dan abah jangan cari nada buat sementara waktu ni, sebab nada nak mencari ketenangan dahulu , dan insyallah nada akan balik juga ke rumah nanti, tapi berdua dengan along.

                                                                                   Yang menyayangi
                                                                                   ~~~~nada~~~
Nada menuruni anak tangga, surat yang ditulisnya itu diletakkan kemas di atas katil, senang untuk umi nampak nanti, fikirnya.  Namun, sempat juga Nada menitipkan pesan kepada sahabat baiknya Nur Ain untuk selalu melawat orang tuanya. Sudah pasti Nur Ain tidak akan menolak permintaan Nada Najwa yang satu ini. Sebab Nada tahu yang Nur Ain sangat menyayangi ibu bapanya dan menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri. Tambahan pula, abangnya yang kedua itu, Imran Hakimi menaruh perasaan terhadap Nur ain, tetapi kerana tidak mahu menghampakan harapan kedua ibu bapa mereka. Imran hakimi terpaksa menangguhkan hasrat hati ingin menjadikan Nur Ain permaisuri dihati.
“Assalamualaikum, Ain…,aku ni Nada”
“Wa’alaikumussalam, Nada…ada apa hal kau call aku pagi-pagi macam ni, tak pernah-pernah pun”.
“Aku nak mintak tolong sikit kat kau nie, tolong tengokkan umi dan abah aku selama aku tak ada ni”.
“Eh…kau ni nak pergi mana pulak ni, kau jangan buat hal Nada”.
“Hmmm…aku nak pergi Perlis lah, nak cari along aku, kau ni mesti fikir yang bukan-bukan ni kan”.
“hehehe…lah!!! ya ke…habis umi dan abah kau tau tak pasal ni, apasal kau nak suruh aku tengok-tengokkan mereka pulak, ni mesti kau pergi tak bagitahu diorang kan”. Ain sepertinya dapat mengagak yang Nada tentu keluar dari rumah tanpa pengetahuan datin kamilia dan dato johari. Sahabatnya itu, sekali tak buat hal  memang tak sah. Jangan panggil gadis itu nada najwa kalau dia tak pernah buatkan orang di sekelilingnya runsing.
“sapa kata aku tak bagitau umi dan abah aku, aku siap tulis surat segala bagai tau…hehehe”. Nada menjawab pertanyaan nur ain dengan selambanya.
“banyaklah kau punya surat…kau ni tak ada masalah, pergi cari masalah. Ish…tak tahu lah aku nak kata apa lagi dah ni, lantak kau lah…”. Kalau pasal parent kau tu, kau tak payah risau macam lah kau baru kenal aku sehari dua. Parent kau tu dah macam parent aku sendiri tau”. Dengan bersungguh-sungguh nur ain mengiyakan.
“aku tau…sebab tu lah aku suruh kau, nak harapkan angah aku. Alamatnya memang tak lah”. Lagipun kan nilah peluang untuk kau rapat dengan angah aku. Kan…kan..kan!!!. sempat lagi nada mengusik sahabatnya itu.
“ish…kau ni, tak ingin lah aku jadi kakak ipar kau, dekat kolej pon aku dah tak sanggup nak hadap muka kau, ni kan pulak dekat rumah. Lagilah memeningkan kepala je,hahaha”.
“oit…apa punya kawan ni, sampai hati kau kata aku macam tu, nak merajuk aghh dengan kau 10 minit”. Nada mula menunjukkan riak seperti orang yang mahu merajuk. Tapi rajuknya itu tidak lah lama kalau nak dibandingkan dengan uminya dengan syarat dia dikasi coklat Cadbury.
“hahaha…aku gurau je lah…tak padan dengan umur 23 tahun, nak merajuk…Ok!!!. Nanti kau datang rumah dulu apa-apa pun, aku nak bagi something untuk pujuk kau ni”.
Nada mula menunjukkan respond positif. Mata mulalah blinge-blinge gitu.
“haaa…kau nak bagi aku apa ain, present erk!!!hehehe”
“boleh kata macam present lah jugak…alah, macam kau tak tahu”.
“jangan cakap kat aku…kau nak bagi sedozen coklat Cadbury pulak, nanti gemuklah aku”.
“Hah!!! tau tak pe…hahaha dah lah, mama aku dah bising tu panggil aku , apa pun jangan lupa datang rumah aku tau, ok, Assalamu’alaikum.”. Giat ain mengetawakan nada.
“Wa’alaikumssalam”. Sejurus nada menjawab salam Ain. Dia menghidupkan enjin kereta lalu menuju ke destinasi.






Kau nafas akhirku 2
“nada…aku harap kau jaga baik-baik diri kau tau, kau tu dah lah perempuan sorang pulak tu. Risau aku tau dibuatnya, kalau jadi apa-apa kat kau nanti, apa aku nak jawab kat parents kau nanti”.
“kau tak payah risau sangatlah, taulah aku jaga diri aku, lagipun ni nada najwa lah. Sapa berani nak kacau aku”.
“nada…kau jangan cakap besar sangat, aku bukannya apa, aku tau kau tu bekas jurulatih taekwando.tahu mempertahankan diri, tapi sebagai kawan Aku nak make sure that you are safe”.
“don’t worry my dear, I will take care of myself. Aku pergi perlis nak cari along aku je, bukannnya nak pi cari pakwe kat sana,haha…”. Nada mula membahasakan diri dengan ain  dalam loghat utara. Sudah diketahui yang ain itu berasal dari utara. Saja ingin menguji sama ada ain masih pandai berbahasa utara atau pun tidak.
“cehh…hang ni loyar dengan aku pulak noo, sat gi aku takut sekali bawak balik bukan along hang, tapi belahan jiwa pulak, haru…”.
“alah…kalau belahan jiwa pun apa salahnya, lagipun sapa lah yang nak kat perempuan macam aku ni, dah lah kasaq macam jantan, pakaian pun sememeh ja”.
 Ain sudah tahu sikap nada yang berperwatakan agak kasar, mungkin kerana dia mengikut sikap abang-abangnya. Tapi, tidak dinafikan nada najwa sememangnya gadis yang cantik kerana memiliki tubuh badan yang kecil molek dengan ketinggian 165cm pipi yang gebu dengan dua lesung pipit, kulitnya yang putih. Ramai juga yang mengatakan nada najwa itu klon kepada wawa zainal pelakon muda yang meningkat popular itu. Namun begitu,Sengaja pula kecantikkan itu disembunyikan kerana katanya tidak mahu jatuh cinta. Ain masih ingat lagi yang nada memberitahu bahawa dia tidak mempercayai mana-mana lelaki, selain abah dan abang-abangnya. Malah, sengaja nada berpakaian ke kolej dengan pakaian yang tidak menonjol atau menunjukkan yang dia seperti anak dato dan datin. Boleh dikatakan yang nada najwa seorang yang lebih suka merendah diri, baik hati dan pintar.  Cuma perwatakkan dia saja yang agak kasar seperti lelaki. Namun, ciri-ciri wanita solehah masih lagi ada dalam diri nada najwa. Buktinya nada najwa menutup aurat dari pandangan mata lelaki. Dia hanya memakai baju kurung dan selendang dililitnya dengan kemas apabila ke kampus. Manakala di luar kampus pula dia akan memakai blaus melepasi paras lutut dan seluar jean yang tidak terlalu menampakkan bentuk kaki. Itulah yang membuatkan nada najwa berbeza dengan gadis-gadis yang lain. Oleh sebab itu juga, ain senang berkawan dengan gadis itu.
“ishhh…sempat lagi minah ni berangan, ingat kan sapa entah”. Nada menepuk bahu sahabatnya itu.
“aku ingatkan kau lah, aku tak berapa confident nak lepaskan kau pergi ni, seriously aku cuak gila kut”.
“dah…tak payah nak cuak pulak, aku bukannya nak pergi beperang ke ape. Nak cari along aku ja kut tapi bak kata pepatah  ‘sambil menyelam minum air’,hahaha.ahh… apa-apa nanti aku roger kau erkk”. Nada menghulurkan tangan menyalami sahabatnya sambil berpelukkan. Lama pelukkan itu. Ain pula,berasa berat hati untuk berpisah dengan nada, dalam erti kata yang lain dia sebenarnya tidak sedap hati.
“nah…buat kau, buat bekal dalam perjalanan nanti, hanya ini jalah yang mampu aku tolong, nak ikut, tapi orang tu pulak tak kasi” ain menghulurkan bekal makanan yang dimasaknya sebentar tadi bersama dengan coklat Cadbury yang dijanjikan.
“kau ni, macam perli aku pun ada ni”. Masing-masing menghanburkan ketawa. 
nada kemudiaannya meninggalkan perkarangan rumah Nur Ain. Sejam kemudian, muncul pula Imran Hakimi di hadapan pintu pagar rumah Nur Ain.
“assalamualaikum ain”
“waalaikumsalam…eh, abang kimi, masuklah…buat apa tercegat depan pintu tu”.
“abang datang kejap ja ni ain, nak Tanya sikit”.
“Tanya apa abang…nampak macam penting ja ni”. Ain cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan rasa gelisahnya. Apatah lagi bila matanya mula bertembung dengan imran hakimi, dia tak mampu untuk berkata bohong. ‘maafkan ain, abang!!! Tapi ain dah berjanji dengan nada nak rahsiakan hal ini…ain, kau pasti boleh lakukan ini’ bisik hati ain.
“abang nak Tanya, nada ada datang sini tak tadi. Please ain!!! tell me the truth. Abang tahu yang ain mesti ada kaitan dengan pemergian nada. Ain ada komplot dengan nada kan”. Imran hakimi mula bertanyakan bertubi-tubi soalan kepada ain. Walaupun gadis itu menjadi pujaan hatinya selama ini, tapi kalau hal yang bersangkut- paut dengan adiknya. Imran hakimi tidak akan sama sekali bertolak ansur. Nada najwa sudah keterlaluan kali ini.
Dengan beraninya, ain memandang tepat ke arah anak mata imran hakimi dan menafikan segala tuduhan itu. Walaupun tuduhan yang dilemparkan tadi sememangnya 99.9% betul.
“untuk pengetahuan abang, ain  tak ada kaitan sedikit pun dengan pemergian nada. Nada pergi dengan kerelaan hatinya sendiri dan bukan ain yang menghasut dia”.
“tapi sekurang-kurangnya ain patut halang aje nada daripada pergi kan”. Imran hakimi mula menunjukkan riak tidak puas hatinya.
“ain dah cuba abang kimi…tapi abang sendiri tau kan macam mana perangai adik abang yang sorang tu”. Ain cuba untuk menyatakan hakikat yang sememangnya nada najwa seorang yang keras kepala.
“hmmm…maafkan abang. Abang tau!!! Abang salah sebab tak pandai nak didik adik abang tu”.
“ ini bukan salah sapa-sapa abang…”.
“tapi…abang nak tahu, ain tahu tak ke mana nada pergi. Dia ada cakap kat ain tak”.
“kalau ain cakap…nada memang ada bagitahu ain, abang nak buat apa?”.
“I just want to make sure that my sister is safe, that’s  all”.
“hmmm…don’t worry, someone will take care of your sister”. ‘opss…alamak, apasal aku boleh terlepas cakap ni, Ya Allah!!! Kantoi sudah’. Imran hakimi mula mengukirkan senyuman penuh bermakna. Dia tahu sikap ain yang langsung tidak pandai menyimpan rahsia. Tambahan lagi apabila berhadapan dengannya. Pasti gelabah semacam aje.
“hahaha…baru gertak sikit, ain dah gelabah…ain…ain, abang saja ja nak acah tadi. Tak sangka pulak ain boleh cuak sampai macam ni”.
“abang ni teruklah…eee, geramnya” ain menunjukkan penumbuk kepada imran hakimi. Makin ligatlah imran hakimi mengertawakannya.
“hahaha…sejak bila pulak gadis pujaan abang ni berani tunjuk penumbuk kat abang. Haaa…ni mesti dah terkena bius dari nada ni kan”. Sempat lagi imran hakimi mengejek buah hatinya itu. Merah padam nur ain apabila disakat oleh imran hakimi.
‘Ya Allah, malunya aku…kat mana aku nak letak muka lepas ni, confirm tak keluar rumah seminggu dah pasni, ahh…tak pun buat muka innoncent ja lah, kalau teserempak dengan abang kimi kat mana-mana nanti’.
“hei…tuan puteri, dah sampai mana tu”.
“err…dah sampai bulan” ain menyayangkan senyuman semanis mungkin kepada imran hakimi. Membuatkan imran hakimi terpana seketika dengan kecantikkan gadis tersebut. Tidak dapat dinafikan yang nu rain sememangnya cantik persis seperti adiknya juga nada najwa. Kalau ramai yang mengatakan nada najwa seperti wawa zainal. Tak kurang hebatnya pula dengan nu rain yang dikatakan mirip dengan artis wanita dari seberang iaitu mikha tambayong. Walaupun tidak punyai kulit yang cerah seperti adiknya nada najwa. Tetapi senyuman nur ain bisa mengetarkan tangkai jantungnya.
Bab 3
Perjalanan yang memakan masa hampir lapan jam itu sungguh meletihkan. Nada najwa sempat berehat di kawasan riadah sekitar gurun kedah, sebelum meneruskan perjalanannya. Sempat lagi dia memandang sekeliling. Ini pertama kali buat nada najwa berjauhan dari kedua ibu bapa. Dan pertama kali juga buatnya sampai ke tempat orang. Bak kata pepatah, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’. Nada najwa mengeluarkan gitar kesayangannya dan mula untuk menyanyikan sebuah lagu.
Seharusnya ini tak perlu terjadi
Terjadi disaat aku pergi
Namun ku sedari
Kelemahan diri ini
Kelamaan dia sendiri
Tiada yang sanggup selain diriku
Meredakan sepi dan rasa ragu
Makin ku mengerti kelemahan diri ini
Dia biarkan ku jatuh hati
Ku percaya pada rasa lama-lama
Jatuh cinta…
Menggetarkan perasaan meski tahu dia sudah
Tak sendirian lagi dan tengah menanti
Kekasih hati yang tengah jauh…

Belum sempat nada menghabiskan bait-bait lagu yang terakhir. Nada dapat menangkap kelibat manusia yang sering tadi asyik memerhatikan dirinya. Membuatkan nada malu-malu sendiri. Ish…apasal dengan mamat ni, tengok aku semacam je. Tak boleh jadi ni. Nada cuba memusingkan badan ke belakang melihat kalau-kalau ada manusia lain yang ada di belakangnya tapi ternyata tidak ada langsung kelibat manusia lain selain dirinya. Lelaki yang asyik memerhatikan nada semenjak tadi datang menghampiri.
“Hai…awak!!!”. Aliff farhan menegur nada setelah dari tadi gadis itu diperhatikan.
Nada membisu. Salam perkenalan tidak disambut sebaliknya cuba mentafsir niat sebenar lelaki itu asyik memerhatikannya. Aliff farhan masih lagi bersabar. Hmm…mungkin dia ni bisu tak. Bisu!!!. Baru tadi aku dengar dia ni menyanyi, sedap pulak suara. Tak mungkin…tak mungkin.
“Hello…cik adik, awak dengar tak ni saya panggil awak” aliff farhan melambai-lambai tangan di hadapan nada najwa.
“hei…saya tak buta lagi lah, dan untuk pengetahuan awak jugak saya belum pekak lagi”. Nada mula naik angin.
“amboi…cantiknya bahasa awak pakai, guru tak bertauliah mana yang ajar awak cakap kasar macam ni”. Aliff farhan sudah mula menunjukkan riak tidak puas hati terhadap nada najwa. Sedikit berang pun ada bila nada najwa bercakap kasar dengannya.
“sepatutnya awak tu yang patut kena ajar tau tak. tetiba ja datang menyapa. Bagi salam pun tidak”.
Aliff farhan mula tersedar akan kesilapannya tadi. Mula termalu sendiri apabila ditegur seperti itu oleh gadis yang belum dikenali namanya.
“ops…my mistakes, assalamualaikum. err…miss”.
“wa’alaikumussalam. nada najwa…”
“wow…nice name”. unik!!! First time saya dengar nama ni”.
Nada najwa mencebik. Tidak puas hati apabila namanya mula dijadikan isu. Apahal dengan mamat ni, nak sindir-sindir nama aku pulak.
“ cik nada najwa…maafkan saya ya, saya tak berniat pun nak sindir nama awak, jujur saya cakap nama awak memang nice, sesuai sungguh dengan awak. Lagipun masa saya perhatikan awak nyanyi tadi, saya hampir terpukau dengan kelunakan suara awak. Seriously!!! Memang merdu sangat-sangat”.
Lah dia boleh baca rupanya apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Dia kata suara aku merdu sesuai dengan nama. Aduh, ni yang buat aku tak boleh blah ni. Ke dia ni saja nak mengayat aku tak.
“maaflah encik, saya tak kenal pun encik dan encik pun tak kenal saya.  so…please don’t say that u know me much better enough”.
“Kalau kata-kata saya ni buat cik nada berasa hati, saya minta maaf lagi sekali. Tapi apa yang saya cakap ikhlas dari lubuk hati saya”.
Baiklah…saya terima niat baik encik tu. Saya pun minta maaf sebab berkasar tadi”.
“It’s ok…saya tau, mesti cik nada sedikit kebingungan tadi sebab cik nada tak kenal saya. Well…let me introduce myself. My nama is aliff farhan”.
Boleh tahan sedap juga nama mamat ni rupanya. Tengok dari perwatakkan dia ni nampak macam orang berada juga. Tengok saja baju dah tau, semuanya ada brend dari negara luar ni. Confirm anak orang kaya. Nada najwa mula meneliti aliff farhan dari atas hingga bawah. Hmm…tinggi 178 cm, berat 60 kg. hidung yang sedikit mancung, muka tirus. Dari usia ni, rasa macam dah berumur 30-an ni.
“cik nada…awak tengok saya macam tu sampai tak berkelip biji mata tu kenapa”. Saya handsome sangat ke…hahaha”.
“eee…perasan!!! Mamat poyo”.
“sampai hati cik nada kata saya macam tu…huhuhu”.
“tak sungguh…orang tak katalah. Er…saya ada urusan lagi ni. Saya minta diri dulu”. Nada mula mengaturkan langkah ingin menuju ke kereta. Namun, langkah terhenti apabila aliff farhan cuba menghadang jalannya. Haa…main hadang jalan pulak mamat ni, dia nak apa sebenarnya.
“tunggu dulu cik nada…saya kalau boleh tak nak perkenalan kita sampai dekat sini saja, kalau boleh saya nak kenal lebih rapat lagi dengan cik”.
“kalau kita ada jodoh, pasti kita akan jumpa lagi, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam…”.
Aliff farhan memandang sepi sekujur tubuh itu pergi. Dalam hatinya sempat berdoa yang dia akan dipertemukan kembali dengan gadis bernama nada najwa….to be continued…