Rasanya
macam baru semalam sahaja aku berada dalam alam persekolahan. macam tak percaya
ja yang sekarang nie dah bergelar mahasiswi dan jadi penuntut kat UUM. Emmm…dah
jadi impian aku nak masuk universiti dari dulu lagi. Tapi tak tahulah kenapa
cepat sangat masa berlalu. Kawan-kawan yang lain rasanya semuanya ada yang dah
berkahwin dan bekerja. Aku masih lagi dengan tanggungjawab aku sebagai seorang
anak dan pelajar. Masih terlalu jauh untuk aku fikir tentang nak bercinta
apatah lagi nak berkahwin. Masih aku ingat lagi masa sekolah rendah aku
berkawan dengan ramai kawan dan bermain bersama-sama. Tapi semenjak meningkat
dewasa nie, aku macam malas ja nak berkawan dengan ramai orang sangat. Mungkin sebab aku dah tahu batas-batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan tak boleh melebihi had sangat…hehehe,
boleh tengok sendiri apa yang berlaku tambah lagi dah masuk paper macam-macam
perkara tak senonoh berlaku. Aku nak elakkan itulah daripada berlaku. Orang
cakap mencegah lebih baik daripada mengubati. Betol ahh tu, rasanya. Dulu masa
darjah enam aku minat sangat dengan budak lelaki nie…rasanya, semua orang dah
tahu yang aku suka kat dia. But yang peliknya, sampai sekarang aku still lagi
suka kat dya. Dia nak kata hensem sangat tu x adalah. Tapi muka dya xboleh buat
orang jemu ja bila pandang. Nama dya…emmm, MR F atau orang lebih dikenali
sebagai kEY. Tapi kan, kadang2 muka dya pun boleh buat orang menyampah gak.
Tapi aku suka bila tengok dya senyum…emmm, buat jantung aku berdegup kencang
ja, bila dya dekat dengan aku. Sebab tu jugak aku x boleh nak bertentang mata
dengan dya. Bukan sebab aku takut, tapi aku lebih kepada malu. Aku x jelous
kalo dya bercinta dengan owang yang aku tak kenal. Tapi kalo aku nmpak dya
rapat dengan owang yang satu kelas dengan aku. Aku jadi sakit hati bercampur
cemburu pulak. Tapi aku selalu pandang curi tengok dya. Tapi entah kenapa
jugak. Aku rasa macam kami nie macam ada telepati pulak. Coz, tingkah-laku dan
percakapan dya hampir sama dengan aku. Dan apa saja yang kitorang buat hampir
sama saja. Contohnya pakai baju warna yang sama…hehee, kan maksudnya ada
telepati 2. Tol tak!!! Ehhhh...perasan pulk kan aku nie. Tapi aku asyik mimpi
dya. Kalo aku mimpi pasal dya, aku mesti akan berjumpa dengan dya. Owang cakap
kalo kita jumpa owang yang sama 3x dalam satu masa tu tandanya kita ada jodoh
dengan dya. Sebut pasal jodoh, aku bakal ada jodoh kew dengan putera katak
idaman aku nie. Tapi terus terang aku cakap aku tak boleh lari dari orang yang
bernama, MR F. Nama MR F dah terlalu familiar sangat dalam hidup aku nie. Aku
tak harap sangat nak bercinta dengan KEY dalam realiti, sebab rasanya dalam
mimpi pon aku dah cukup bahagia sebab dapat nampak muka dya. Tapi dalam mimpi
pon aku jadi seorang yang tak boleh nak luahkan perasaan aku nie. Tapi yang
pasti aku memang x layak dengan dya. Dya orang kaya. Sapalah aku nak suka kat
dya. Aku memang tak layak untuk dya. Betol nie!!!. Tapi aku memang tertarik
dengan dya masa sekolah rendah lagi. Entah kenapa sebelum nie, aku boleh x
perasan yang orang yang dekat dan satu sekolah malah satu kelas dengan dya, dan
aku boleh suka kat dya. Hehehe, aku dah jadi macam Oh Ha Ni yang suka pada Baek
Seung Jo. Tapi Oh Ha Ni berani luahkan perasan dya kat owang yang dya suka,
sebaliknya aku bukan owang yang macam 2. Ohhh…Tuhan, kenapa kau beri aku
perasan macam nie, aku hanya suka kat dya. Kenapa aku tak boleh suka pada owang
laen. Sebab nielah, aku tak suka pada lelaki-lelaki yang laen sebab aku jenis
yang setia pada satu ja dan owang yang paling aku suka ialah dya, just dya
sorang ja. Cuma dya yang boleh buat jantung aku berdegup kencang. Aku ingat
lagi, masa tu macam mana dya tawan hati aku. Kata-kata dya 2 yang buat aku
jatuh cinta pandang pertama. Sekarang baru aku tahu kenapa MY BESTFRIEND aku
pun suka kat dya. Aku ingat lagi masa aku dan MISS W sama-sama kawan baek. MISS
W lah owang pertama yang mula-mula suka kat MR F dulu, pastu baru aku. Hehehe,
kalo nak di ikotkan masa tu aku sikit pon xpandang pon muka dya 2. Aku pandang
kat MR H ja, sebab MR H barulah cinta pertama aku. Hehehe…tapi semenjak
peristiwa 2 MR F dah jadi cinta pandang kedua aku hingga sekarang. Rasanya dah
hampir 9 tahun aku suka kat dya nie, dan sampai sekarang aku masih belum ada penganti yang sesuai tok ganti posisi dya
dalam hati aku nie. Sungguh nie!!! Bukan lawak-lawak tau. Hehehe…tapi jodoh pertemuan
2kan ditentukan oleh Allah S.W.T. aku hanya serahkan padanya saja. Tapi betollah,
yang jodoh aku ngan MR F, aku still xleh nak percaya or terima kenyataan nie.
Sebabnya aku tak harap sangat nak bersama ngan dya. Hehehe…2 yang pelikkan. Dah
suka tapi tak nak bersama, tapi asyik nak rindu ja. Pelik…tapi yang pasti aku
sedang mencari jejaka idaman aku yang ada dalam mimpi. Sang putera yang
berpakaian serba putih cukup memikat hati aku. Yang pasti, aku nie jenis yang
mudah jatuh cinta. Tapi xkan sesekali terjebak dalam percintaaan 3segi tau. Aku
tak nak owang yang aku suka pernah suka pada owang laen. Sebab aku nie jenis
yang suka cemburu. Aku akan mudah cemburu kalau aku dapat tau owang yang aku suka
pernah bercinta. Dan aku hanya nak cinta sejati 2 hanya datang sekali buat
seumur hidup. Dan aku xnak ahhh…percintaan yang murah. Maksudnya,
hehehe!!!paham2 sendirilah. Perasaan yang terkubur dlm hati nie rasanya akan
terus terkubur kowt. Tpi hari 2..aghh, mcm mana plk aku boleh terkomen kat wall
dya. Time 2 dya frust sbb break ngn awek nama MISS D. Huhu..banyak awek dya.
Aku pon xtahu lagh yg mana 1 nak kekal. Klo dya belom kawin lagi rasanya tak
salahkan klo aku nak punyai perasaan nie. Hhmmm…sebut pasal komen, aku
sebenarnya mcm mana leh berani plk nk komen kat wall dya masa 2. Pastu siap
hamper nk luahkan perasaan lgi. Mujur laghh dya xtanya banyak sangt n aku
pandai coverline jugk..hehehe. klo x…ishhh, mampos aku nk menjawab nnti. Klo
terjumpa dya kat mana2 ka confirm aku lari nie. Xtunggu dah. Bila enth erkk,
dya ada post jugk pasal dya xcident…mcm teruk,aku jdi concern plk masa 2. But,
pada masa yang sama jugak lepas dya xcident 2…bulan yg sama. Aku pon xcident
gark. Rasa pelik plk mcm mana kmi boleh xcident pda buln yg sama. Nasib baek
bukan tarikh ngn waktu yang sama. Klo x memg ajaiblagh..
2013 MENJANJIKAN YANG TERBAEK sesuautu yang indah itu datangnya dari ALLAH S.W.T..dan yang buruk dan segala kelemahan itu dari saya sendiri...terima kasih kerna sudi ketuk pintu blog aku nie..^^
Pengikut
Khamis, 3 Januari 2013
Rabu, 2 Januari 2013
LOST MEMORI
Hhhmmm..sebenarnya kalo nak dikutkan aku ada blog seblom nie..yang nie blog ke-2 aku...blog yang pertama 2...enth mcm mana aku boleh terlupa pasword plk...hehe, semperna thun baru nie..azam pon mesti kena bru kan..so blog pon kena laghh bru and kreatif banyak...apa yang menariknya tentang blog aku nie..hmmm, aku pon xsure lagi sebenarnya..tpi aku akan updateslah apa-apa yang ku rsa menarik erk bgi aku..klo ada yang sudi follow blog aku nie, aku ucpkan slamat dtng and terima kasih banyak2...hmmm, target ku xbanyk...klo ada 100 follower pon dah ok gark 2 sbb aku nie buknnya nak glamour sgt mcm blogger2 lagi...sebut pasal blogger, mesti ada yang penah tngok citer CINTA VLOG kan..hehe, aku just nak bagitau kat korang2 yg ku suka kat ALIFF AZIZ...dya cute..tpi 2 laghh yg masalahnya dya 2 sosial jugk erk..hhmmm, elok2 couple ngn si ANNE 2...tetiba ja putus, aku punya lagh maen sokong lgi hubungn diowg 2..hhhmmm, rasa byk plk aku taip nie, naek lenguh dah jri nie..aka sebnry xdark idea nk type ape..p/s korang paham x bhasa loghat aku nie..harp2 paham lagh erkk..k lagh sampai ketemu...Assalamualaikum
MUSIM EXAM
sekarang nie tengh musim exam kat UUM..aghh, esok ada 1 paper nk kena hadapi "alam sekitar" nampk mcm kacang ja kan...tpi jgn pandang rendh owghh...hhmmm...yg jelas musim exam nie sgt2 lagh memenatkan diriku..letih tau nak kena study...(wat mcm study sgt)huhu
BENCI TAPI RINDU
Mohamad zahirul irfan, sehebat
namanya kerana mempunyai paras rupa yang cukup sempurna dan digilai oleh ramai
pelajar perempuan sama ada senior mahupun junior. Namun, sayang sekali
kekacaknya itu dimanafaatkan untuk tujuan menghancurkan hati kaum hawa. Lantaran
itu dia diberi gelaran kasanova universiti kelas satu. Kekacakannya mungkin
dikatakan sekacak nabi yusuf seperti yang diwawarkan oleh kakak-kakak senior,
tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pelakon korea
kesukaanku…hehehe. Aku cukup membenci setiap kali nama itu sering menjadi buah
mulut dikalangan senior mahupun junior. Entah apa yang hebat sangat aku sendiri
tidak mengerti. Entah mengapa setiap kali mendengar nama itu, aku tiba-tiba
sahaja menjadi anti lelaki. Pelik…sebelum ini tak pernah dalam sejarah kamus
hidup aku mengelakkan diri daripada kaum adam. Namun semenjak kemunculan si
pangeran muda ini dalam hidupku, kehidupan menjadi rumit…rumit…dan semakin
rumit. Nak tahu apa yang terjadi, hah…bacalah cerita nie sampai habis!!!. “cik alya
alisa, awak nak ke mana tu, nak saya temankan tak?’. Tanya lelaki itu. Aku
dengan sedikit bengang menjawab ‘yang awak nak sibuk hal saya ni,
kenapa,pergilah cari awek awak tu!’. Aku terus menolak mentah-mentah ajakan
lelaki itu untuk keluar makan tengah hari bersama, kerana aku cukup persis
dengan sikapnya itu. Tidak mustahil kalau dia juga akan turut memainkan
perasaan aku. Aku kekadangnya berasa keliru dengan sikapnya itu. Kadang-kadang
bersifat mesra dan kadang-kadang juga boleh bersikap angkuh. Zahirul yang
kehairanan dengan sikap aku itu, lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal. “Amboi marah nampak, xkan laghh sebab aku
xjumpa kau semalam, kau dah mengamuk sampai mcm nie, alah lisa…sorrylah, aku
betul2 sibuk semalam, nak call tapi kredit pulak habis”. “Aku mengeluh...aghh,
banyak laghh kau punya kredit habis, kau ingt mata aku kat kepala lutut kew,
aku nmpak agh apa yang kau wat semlam tu” jawab aku benggang. Zahirul ketawa,
“owh!!! Jadi kau nampk agh ya, hmmm…kalau dah mcm tu x payah laghh aku bagi apa-apa
alas an lagi erkk, ok2…aku mengaku yang aku x hadiri perjumpaan 2 sebb aku date
ngn junior, ok puas hati kau sekarang!!!. Giliran dia pulak marah aku. Tanpa
buang waktu lagi, aku terus berlari meninggalkan dia. Sejak kejadian tu, dah 2
minggu aku x dapat menatap wajahnya…aku ingin sekali mengelakkan diri daripada
berjumpanya. Tapi apa daya aku hendak melawan ketentuan Tuhan, enth mcm mana
hari ini secara xsengaja aku terlanggar dia yang sedang enak tidur di bawah
pohon pokok mangga. “fuuhhh…nasib baik mamat sewel nie xsedar, kalo x mahunya
dia serang aku lagi..hehehe”…bermonologlah aku di dalam hati. Aku mengambil
peluang ini, untuk cuba mendekatinya, perlahan2 aku duduk dihadapannya sambil
memegang bulu pelepah, aku cuba untuk mempermainkan zahirul. Tiba2…dia menarik
tangnku, lalu aku menjerit, “agghhhhhhh…!!! Opocot mak engkau…” kuang asam jawa
betol mamat nie, xtidr rupanya. “oit…dah lama wat keje mcm nie, kco aku nk tidr
jalah”. Marah zahirul….!!!AGHHH…XDARK ILHAM LAH…HUHU
KAU NAFAS AKHIRKU...ILHAM YG TETIBA JA DTNG DLM BENAK FIKIRANKU...XTAU LAGH BEST X..HEHE
NIE COVER PAGES DYA...COMEL X...(^_^)v
Kau
nafas akhirku 1
Nada
najwa!!!...kedengaran suara umi memanggil namaku. Aku dengan mood yang agak
malas cuba untuk bangun dari tidurku.
“ah…umi ni, aku baru ja
nak berangan jumpa dengan putera raja, tak pasal-pasal bukan putera raja yang
datang, tapi…sekali datang puan besar dah, eh!!! cup-cup, puan besar tu umi kan..alamak!!!”
Dari jauh nada dapat
menangkap bunyi tapak kaki uminya menuju ke bilik. Cepat-cepat dia bangun untuk
mengemaskan biliknya. Jika tidak, tidak tahulah apa yang akan dilakukan oleh umi
terhadapnya nanti. Mungkin saja dia akan dipaksa untuk berkahwin atau mencari
pekerjaan kerana dia sekarang ini sudah di istiharkan sebagai penganggur
terhormat.
“Lah…tak bangun lagi ke
anak umi yang sorang ni,sempat lagi mengata kat umi ya”
“err…tengah bangun lah
ni umi, eh…macam mana umi tahu nie” nada mengaru kepalanya yang tak gatal.
“hmmm…kamu ingat umi ni
baru kenal kamu satu hari ke nada, umi yang lahirkan kamu tau dan umi juga yang
besarkan kamu, tentulah umi tahu perangai anak umi ni macam mana, nakal tak
padan dengan perempuan”.
“eh…ya ka umi,
agak-agak umi lah kan, nada ikut perangai sapa erk,hehehe”
“hmmm…tak lain tak
bukan, ikut perangai abah kamu lah tu, dah…siap-siap cepat”
“nak pergi mana umi,
pagi-pagi buta macam ni” sekali lagi nada mengaru kepalanya yang tak gatal tu,
hairan dengan sikap uminya semenjak dua menjak ini. Baru-baru ini dia ada
mendengar ura-ura yang kawan abahnya ada datang ke rumah untuk melamar. Nak
melamar siapa lagi kalau bukan dia. Cuma dia saja satu-satunya anak perempuan
datin kamilia dan dato johari, yang lain tu abang-abangnnya.
“umi…tak payah cakap
kut, rasanya kamu pun dah tahu kan nada, dah bebuih mulut umi ni tau suruh kamu
tu kerja dengan abah kamu, tapi kamu tu degil, kononnya nak jadi ahli muzik ,
main gitar. kamu tau kan perangai abah kamu tu macam mana. Dia kalau boleh nak
anak-anaknya mewarisi perniagaan, tapi kamu ni umi tengok lain bebenar dengan
abang-abang kamu, pening umi tau”.
“umi…, nada bukan tak
nak kerja dengan abah, tapi umi sendiri tau kan…nada tak sesuai, tak kena
dengan jiwalah umi. Umi…please bagi tau kat abah niat nada ni, yang pasal kawan
abah datang melamar nada tu, nada dah bagitau awal-awal lagi kan, nada tak nak
kahwin lagi, tapi kalau abah memaksa jugak kali ni. Nada nekad, nada nak lari
dari rumah…apa nak jadi, jadilah”.
“nada…!!!”. datin
kamilia meninggikan suaranya. Kali ini dia sudah tak berupaya untuk menasihati
anak bongsunya itu. Mungkin salahnya juga kerana terlalu memanjakan nada,
sampai-sampai anaknya itu sudah berani melawan kata.
Nada najwa sudah
meninggalkan katilnya dan menuju ke bilik air. Dia menangis tersedu-sedan.
‘umi…maafkan nada ya, nada
tak berniat pun nak menyinggung perasaan umi, apatah lagi nak melawan
cakap umi, tapi biarlah nada mencari kebahagian nada sendiri, nada tak nak jadi
macam along yang dijodohkan umi dengan abah…tapi tengoklah sendiri, along tak
bahagia’. Tetiba sahaja nada teringatkan alongnya Aiman Hakim, entah alongnya
bahagia atau tidak berada di perantauan, gara-gara ditinggalkan kakak iparkan Sofea
Emilia.
Datin kamilia mengetuk
pintu bilik air, tapi tak ada sedikit respond menunjukkan anaknya itu mahu
keluar, perlahan-lahan dia melangkah keluar menuruni anak tangga sambil
berfikir yang Nada Najwa mungkin memerlukan sedikit masa untuk bertenang.
Nada mengintai
disebalik pintu, melihat sahaja uminya sudah keluar dari bilik cepat-cepat dia
mengambil bagasinya dan memasukkan pakaian dan apa sahaja barang keperluan yang
perlu dibawa. Nada Najwa sudah nekad sebulat suara kali ini dia tak akan sama
sekali memenuhi permintaan umi dan abahnya. Nada mengambil buku akaunnya yang
berbaki lima ribu ringgit itu.
“Alahai…cukup ke duit
banyak ni nak lari dari rumah. Silap hari bulan aku kena basuh pinggan mangkuk
kat gerai mamak ni. think najwa…think”. Nada mendapat satu idea. Dia akan
mencari alongnya di Perlis nanti. Segera Nada mengambil kotak yang disimpan
kemas di bawah katil. Kotak itu diambilnya dan diselongkar isinya untuk mencari
alamat along.
“Hah…jumpa pun, nasib
baik aku still simpan lagi alamat along ni, fuhhh…selamat, hilang satu masalah,
Perlis…here I come.!!!”. nada mengukirkan senyuman penuh bermakna. Alamat
alongnya disimpan dengan kemas di dalam
walletnya. Matlamat utama, adalah untuk mencari alongnya Aiman Hakim terlebih
dahulu. Setelah Nada memasukkan segala pakaian dan barang keperluan dia perlu
segera bersia-siap. Jadual kerja abah dan abangnya yang kedua Imran Hakimi
sudah dihafalnya. Pagi-pagi lagi mereka sudah berangkat ke tempat kerja,
manakala uminya pula pasti berada di bilik pada waktu ini. Setiap kali uminya
merajuk, sudah menjadi kebiasaan pula uminya itu berkurung di dalam bilik selama
satu jam. Selepas itu barulah umi baik semula. Nada telah mengambil peluang
yang ada ini untuk melarikan diri, namun sebelum itu, dia sempat menitipkan
surat kepada umi dan abahnya supaya tidak membimbangkan keadaannya.
Sedegil-degilnya dia, dia tak sanggup untuk membuatkan orang tuanya bimbang
akan keadaannya itu. Sebab syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Umi…abah, nada mintak maaf ya,
bukan niat nada untuk membelakangi umi dan abah, tapi biarkan lah nada mencari
kebahagian nada sendiri, nada tak nak jadi seperti along, nada harap umi dan
abah dapat faham perasaan nada. Umi dan abah jangan lah bimbangkan nada, nada
akan baik-baik saja, insyallah!!! Nada mintak umi dan abah jangan cari nada
buat sementara waktu ni, sebab nada nak mencari ketenangan dahulu , dan
insyallah nada akan balik juga ke rumah nanti, tapi berdua dengan along.
Yang menyayangi
~~~~nada~~~
Nada menuruni anak
tangga, surat yang ditulisnya itu diletakkan kemas di atas katil, senang untuk
umi nampak nanti, fikirnya. Namun,
sempat juga Nada menitipkan pesan kepada sahabat baiknya Nur Ain untuk selalu
melawat orang tuanya. Sudah pasti Nur Ain tidak akan menolak permintaan Nada
Najwa yang satu ini. Sebab Nada tahu yang Nur Ain sangat menyayangi ibu bapanya
dan menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri. Tambahan pula, abangnya yang
kedua itu, Imran Hakimi menaruh perasaan terhadap Nur ain, tetapi kerana tidak
mahu menghampakan harapan kedua ibu bapa mereka. Imran hakimi terpaksa
menangguhkan hasrat hati ingin menjadikan Nur Ain permaisuri dihati.
“Assalamualaikum,
Ain…,aku ni Nada”
“Wa’alaikumussalam, Nada…ada
apa hal kau call aku pagi-pagi macam ni, tak pernah-pernah pun”.
“Aku nak mintak tolong
sikit kat kau nie, tolong tengokkan umi dan abah aku selama aku tak ada ni”.
“Eh…kau ni nak pergi
mana pulak ni, kau jangan buat hal Nada”.
“Hmmm…aku nak pergi Perlis
lah, nak cari along aku, kau ni mesti fikir yang bukan-bukan ni kan”.
“hehehe…lah!!! ya
ke…habis umi dan abah kau tau tak pasal ni, apasal kau nak suruh aku
tengok-tengokkan mereka pulak, ni mesti kau pergi tak bagitahu diorang kan”.
Ain sepertinya dapat mengagak yang Nada tentu keluar dari rumah tanpa
pengetahuan datin kamilia dan dato johari. Sahabatnya itu, sekali tak buat
hal memang tak sah. Jangan panggil gadis
itu nada najwa kalau dia tak pernah buatkan orang di sekelilingnya runsing.
“sapa kata aku tak
bagitau umi dan abah aku, aku siap tulis surat segala bagai tau…hehehe”. Nada
menjawab pertanyaan nur ain dengan selambanya.
“banyaklah kau punya
surat…kau ni tak ada masalah, pergi cari masalah. Ish…tak tahu lah aku nak kata
apa lagi dah ni, lantak kau lah…”. Kalau pasal parent kau tu, kau tak payah
risau macam lah kau baru kenal aku sehari dua. Parent kau tu dah macam parent
aku sendiri tau”. Dengan bersungguh-sungguh nur ain mengiyakan.
“aku tau…sebab tu lah
aku suruh kau, nak harapkan angah aku. Alamatnya memang tak lah”. Lagipun kan
nilah peluang untuk kau rapat dengan angah aku. Kan…kan..kan!!!. sempat lagi
nada mengusik sahabatnya itu.
“ish…kau ni, tak ingin
lah aku jadi kakak ipar kau, dekat kolej pon aku dah tak sanggup nak hadap muka
kau, ni kan pulak dekat rumah. Lagilah memeningkan kepala je,hahaha”.
“oit…apa punya kawan
ni, sampai hati kau kata aku macam tu, nak merajuk aghh dengan kau 10 minit”.
Nada mula menunjukkan riak seperti orang yang mahu merajuk. Tapi rajuknya itu
tidak lah lama kalau nak dibandingkan dengan uminya dengan syarat dia dikasi
coklat Cadbury.
“hahaha…aku gurau je
lah…tak padan dengan umur 23 tahun, nak merajuk…Ok!!!. Nanti kau datang rumah
dulu apa-apa pun, aku nak bagi something untuk pujuk kau ni”.
Nada mula menunjukkan
respond positif. Mata mulalah blinge-blinge gitu.
“haaa…kau nak bagi aku
apa ain, present erk!!!hehehe”
“boleh kata macam
present lah jugak…alah, macam kau tak tahu”.
“jangan cakap kat
aku…kau nak bagi sedozen coklat Cadbury pulak, nanti gemuklah aku”.
“Hah!!! tau tak
pe…hahaha dah lah, mama aku dah bising tu panggil aku , apa pun jangan lupa
datang rumah aku tau, ok, Assalamu’alaikum.”. Giat ain mengetawakan nada.
“Wa’alaikumssalam”.
Sejurus nada menjawab salam Ain. Dia menghidupkan enjin kereta lalu menuju ke
destinasi.
Kau nafas akhirku 2
“nada…aku harap kau
jaga baik-baik diri kau tau, kau tu dah lah perempuan sorang pulak tu. Risau
aku tau dibuatnya, kalau jadi apa-apa kat kau nanti, apa aku nak jawab kat
parents kau nanti”.
“kau tak payah risau
sangatlah, taulah aku jaga diri aku, lagipun ni nada najwa lah. Sapa berani nak
kacau aku”.
“nada…kau jangan cakap
besar sangat, aku bukannya apa, aku tau kau tu bekas jurulatih taekwando.tahu
mempertahankan diri, tapi sebagai kawan Aku nak make sure that you are safe”.
“don’t worry my dear, I
will take care of myself. Aku pergi perlis nak cari along aku je, bukannnya nak
pi cari pakwe kat sana,haha…”. Nada mula membahasakan diri dengan ain dalam loghat utara. Sudah diketahui yang ain
itu berasal dari utara. Saja ingin menguji sama ada ain masih pandai berbahasa
utara atau pun tidak.
“cehh…hang ni loyar
dengan aku pulak noo, sat gi aku takut sekali bawak balik bukan along hang,
tapi belahan jiwa pulak, haru…”.
“alah…kalau belahan
jiwa pun apa salahnya, lagipun sapa lah yang nak kat perempuan macam aku ni,
dah lah kasaq macam jantan, pakaian pun sememeh ja”.
Ain sudah tahu sikap nada yang berperwatakan
agak kasar, mungkin kerana dia mengikut sikap abang-abangnya. Tapi, tidak
dinafikan nada najwa sememangnya gadis yang cantik kerana memiliki tubuh badan
yang kecil molek dengan ketinggian 165cm pipi yang gebu dengan dua lesung
pipit, kulitnya yang putih. Ramai juga yang mengatakan nada najwa itu klon
kepada wawa zainal pelakon muda yang meningkat popular itu. Namun begitu,Sengaja
pula kecantikkan itu disembunyikan kerana katanya tidak mahu jatuh cinta. Ain
masih ingat lagi yang nada memberitahu bahawa dia tidak mempercayai mana-mana
lelaki, selain abah dan abang-abangnya. Malah, sengaja nada berpakaian ke kolej
dengan pakaian yang tidak menonjol atau menunjukkan yang dia seperti anak dato
dan datin. Boleh dikatakan yang nada najwa seorang yang lebih suka merendah
diri, baik hati dan pintar. Cuma
perwatakkan dia saja yang agak kasar seperti lelaki. Namun, ciri-ciri wanita
solehah masih lagi ada dalam diri nada najwa. Buktinya nada najwa menutup aurat
dari pandangan mata lelaki. Dia hanya memakai baju kurung dan selendang dililitnya
dengan kemas apabila ke kampus. Manakala di luar kampus pula dia akan memakai
blaus melepasi paras lutut dan seluar jean yang tidak terlalu menampakkan
bentuk kaki. Itulah yang membuatkan nada najwa berbeza dengan gadis-gadis yang
lain. Oleh sebab itu juga, ain senang berkawan dengan gadis itu.
“ishhh…sempat lagi
minah ni berangan, ingat kan sapa entah”. Nada menepuk bahu sahabatnya itu.
“aku ingatkan kau lah,
aku tak berapa confident nak lepaskan kau pergi ni, seriously aku cuak gila kut”.
“dah…tak payah nak cuak
pulak, aku bukannya nak pergi beperang ke ape. Nak cari along aku ja kut tapi
bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum
air’,hahaha.ahh… apa-apa nanti aku roger kau erkk”. Nada menghulurkan tangan
menyalami sahabatnya sambil berpelukkan. Lama pelukkan itu. Ain pula,berasa
berat hati untuk berpisah dengan nada, dalam erti kata yang lain dia sebenarnya
tidak sedap hati.
“nah…buat kau, buat
bekal dalam perjalanan nanti, hanya ini jalah yang mampu aku tolong, nak ikut,
tapi orang tu pulak tak kasi” ain menghulurkan bekal makanan yang dimasaknya
sebentar tadi bersama dengan coklat Cadbury yang dijanjikan.
“kau ni, macam perli
aku pun ada ni”. Masing-masing menghanburkan ketawa.
nada kemudiaannya
meninggalkan perkarangan rumah Nur Ain. Sejam kemudian, muncul pula Imran Hakimi
di hadapan pintu pagar rumah Nur Ain.
“assalamualaikum ain”
“waalaikumsalam…eh,
abang kimi, masuklah…buat apa tercegat depan pintu tu”.
“abang datang kejap ja
ni ain, nak Tanya sikit”.
“Tanya apa abang…nampak
macam penting ja ni”. Ain cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan rasa
gelisahnya. Apatah lagi bila matanya mula bertembung dengan imran hakimi, dia
tak mampu untuk berkata bohong. ‘maafkan ain, abang!!! Tapi ain dah berjanji
dengan nada nak rahsiakan hal ini…ain, kau pasti boleh lakukan ini’ bisik hati
ain.
“abang nak Tanya, nada
ada datang sini tak tadi. Please ain!!! tell me the truth. Abang tahu yang ain
mesti ada kaitan dengan pemergian nada. Ain ada komplot dengan nada kan”. Imran
hakimi mula bertanyakan bertubi-tubi soalan kepada ain. Walaupun gadis itu
menjadi pujaan hatinya selama ini, tapi kalau hal yang bersangkut- paut dengan
adiknya. Imran hakimi tidak akan sama sekali bertolak ansur. Nada najwa sudah
keterlaluan kali ini.
Dengan beraninya, ain
memandang tepat ke arah anak mata imran hakimi dan menafikan segala tuduhan
itu. Walaupun tuduhan yang dilemparkan tadi sememangnya 99.9% betul.
“untuk pengetahuan
abang, ain tak ada kaitan sedikit pun
dengan pemergian nada. Nada pergi dengan kerelaan hatinya sendiri dan bukan ain
yang menghasut dia”.
“tapi
sekurang-kurangnya ain patut halang aje nada daripada pergi kan”. Imran hakimi
mula menunjukkan riak tidak puas hatinya.
“ain dah cuba abang
kimi…tapi abang sendiri tau kan macam mana perangai adik abang yang sorang tu”.
Ain cuba untuk menyatakan hakikat yang sememangnya nada najwa seorang yang
keras kepala.
“hmmm…maafkan abang.
Abang tau!!! Abang salah sebab tak pandai nak didik adik abang tu”.
“ ini bukan salah
sapa-sapa abang…”.
“tapi…abang nak tahu,
ain tahu tak ke mana nada pergi. Dia ada cakap kat ain tak”.
“kalau ain cakap…nada
memang ada bagitahu ain, abang nak buat apa?”.
“I just want to make
sure that my sister is safe, that’s
all”.
“hmmm…don’t worry,
someone will take care of your sister”. ‘opss…alamak, apasal aku boleh terlepas
cakap ni, Ya Allah!!! Kantoi sudah’. Imran hakimi mula mengukirkan senyuman
penuh bermakna. Dia tahu sikap ain yang langsung tidak pandai menyimpan rahsia.
Tambahan lagi apabila berhadapan dengannya. Pasti gelabah semacam aje.
“hahaha…baru gertak
sikit, ain dah gelabah…ain…ain, abang saja ja nak acah tadi. Tak sangka pulak
ain boleh cuak sampai macam ni”.
“abang ni teruklah…eee,
geramnya” ain menunjukkan penumbuk kepada imran hakimi. Makin ligatlah imran
hakimi mengertawakannya.
“hahaha…sejak bila
pulak gadis pujaan abang ni berani tunjuk penumbuk kat abang. Haaa…ni mesti dah
terkena bius dari nada ni kan”. Sempat lagi imran hakimi mengejek buah hatinya
itu. Merah padam nur ain apabila disakat oleh imran hakimi.
‘Ya Allah, malunya aku…kat
mana aku nak letak muka lepas ni, confirm tak keluar rumah seminggu dah pasni,
ahh…tak pun buat muka innoncent ja lah, kalau teserempak dengan abang kimi kat
mana-mana nanti’.
“hei…tuan puteri, dah
sampai mana tu”.
“err…dah sampai bulan”
ain menyayangkan senyuman semanis mungkin kepada imran hakimi. Membuatkan imran
hakimi terpana seketika dengan kecantikkan gadis tersebut. Tidak dapat
dinafikan yang nu rain sememangnya cantik persis seperti adiknya juga nada
najwa. Kalau ramai yang mengatakan nada najwa seperti wawa zainal. Tak kurang
hebatnya pula dengan nu rain yang dikatakan mirip dengan artis wanita dari
seberang iaitu mikha tambayong. Walaupun tidak punyai kulit yang cerah seperti
adiknya nada najwa. Tetapi senyuman nur ain bisa mengetarkan tangkai
jantungnya.
Bab 3
Perjalanan yang memakan
masa hampir lapan jam itu sungguh meletihkan. Nada najwa sempat berehat di
kawasan riadah sekitar gurun kedah, sebelum meneruskan perjalanannya. Sempat
lagi dia memandang sekeliling. Ini pertama kali buat nada najwa berjauhan dari
kedua ibu bapa. Dan pertama kali juga buatnya sampai ke tempat orang. Bak kata
pepatah, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’. Nada najwa mengeluarkan gitar
kesayangannya dan mula untuk menyanyikan sebuah lagu.
Seharusnya
ini tak perlu terjadi
Terjadi
disaat aku pergi
Namun
ku sedari
Kelemahan
diri ini
Kelamaan
dia sendiri
Tiada
yang sanggup selain diriku
Meredakan
sepi dan rasa ragu
Makin
ku mengerti kelemahan diri ini
Dia
biarkan ku jatuh hati
Ku
percaya pada rasa lama-lama
Jatuh
cinta…
Menggetarkan
perasaan meski tahu dia sudah
Tak
sendirian lagi dan tengah menanti
Kekasih
hati yang tengah jauh…
Belum sempat nada
menghabiskan bait-bait lagu yang terakhir. Nada dapat menangkap kelibat manusia
yang sering tadi asyik memerhatikan dirinya. Membuatkan nada malu-malu sendiri.
Ish…apasal dengan mamat ni, tengok aku semacam je. Tak boleh jadi ni. Nada cuba
memusingkan badan ke belakang melihat kalau-kalau ada manusia lain yang ada di
belakangnya tapi ternyata tidak ada langsung kelibat manusia lain selain
dirinya. Lelaki yang asyik memerhatikan nada semenjak tadi datang menghampiri.
“Hai…awak!!!”. Aliff
farhan menegur nada setelah dari tadi gadis itu diperhatikan.
Nada membisu. Salam
perkenalan tidak disambut sebaliknya cuba mentafsir niat sebenar lelaki itu
asyik memerhatikannya. Aliff farhan masih lagi bersabar. Hmm…mungkin dia ni
bisu tak. Bisu!!!. Baru tadi aku dengar dia ni menyanyi, sedap pulak suara. Tak
mungkin…tak mungkin.
“Hello…cik adik, awak
dengar tak ni saya panggil awak” aliff farhan melambai-lambai tangan di hadapan
nada najwa.
“hei…saya tak buta lagi
lah, dan untuk pengetahuan awak jugak saya belum pekak lagi”. Nada mula naik
angin.
“amboi…cantiknya bahasa
awak pakai, guru tak bertauliah mana yang ajar awak cakap kasar macam ni”.
Aliff farhan sudah mula menunjukkan riak tidak puas hati terhadap nada najwa.
Sedikit berang pun ada bila nada najwa bercakap kasar dengannya.
“sepatutnya awak tu
yang patut kena ajar tau tak. tetiba ja datang menyapa. Bagi salam pun tidak”.
Aliff farhan mula
tersedar akan kesilapannya tadi. Mula termalu sendiri apabila ditegur seperti
itu oleh gadis yang belum dikenali namanya.
“ops…my mistakes,
assalamualaikum. err…miss”.
“wa’alaikumussalam.
nada najwa…”
“wow…nice name”.
unik!!! First time saya dengar nama ni”.
Nada najwa mencebik.
Tidak puas hati apabila namanya mula dijadikan isu. Apahal dengan mamat ni, nak
sindir-sindir nama aku pulak.
“ cik nada
najwa…maafkan saya ya, saya tak berniat pun nak sindir nama awak, jujur saya
cakap nama awak memang nice, sesuai sungguh dengan awak. Lagipun masa saya
perhatikan awak nyanyi tadi, saya hampir terpukau dengan kelunakan suara awak.
Seriously!!! Memang merdu sangat-sangat”.
Lah dia boleh baca
rupanya apa yang ada dalam kepala otak aku ni. Dia kata suara aku merdu sesuai
dengan nama. Aduh, ni yang buat aku tak boleh blah ni. Ke dia ni saja nak
mengayat aku tak.
“maaflah encik, saya
tak kenal pun encik dan encik pun tak kenal saya. so…please don’t say that u know me much
better enough”.
“Kalau kata-kata saya
ni buat cik nada berasa hati, saya minta maaf lagi sekali. Tapi apa yang saya
cakap ikhlas dari lubuk hati saya”.
Baiklah…saya terima
niat baik encik tu. Saya pun minta maaf sebab berkasar tadi”.
“It’s ok…saya tau,
mesti cik nada sedikit kebingungan tadi sebab cik nada tak kenal saya. Well…let
me introduce myself. My nama is aliff farhan”.
Boleh tahan sedap juga
nama mamat ni rupanya. Tengok dari perwatakkan dia ni nampak macam orang berada
juga. Tengok saja baju dah tau, semuanya ada brend dari negara luar ni. Confirm
anak orang kaya. Nada najwa mula meneliti aliff farhan dari atas hingga bawah.
Hmm…tinggi 178 cm, berat 60 kg. hidung yang sedikit mancung, muka tirus. Dari
usia ni, rasa macam dah berumur 30-an ni.
“cik nada…awak tengok
saya macam tu sampai tak berkelip biji mata tu kenapa”. Saya handsome sangat
ke…hahaha”.
“eee…perasan!!! Mamat
poyo”.
“sampai hati cik nada
kata saya macam tu…huhuhu”.
“tak sungguh…orang tak
katalah. Er…saya ada urusan lagi ni. Saya minta diri dulu”. Nada mula
mengaturkan langkah ingin menuju ke kereta. Namun, langkah terhenti apabila
aliff farhan cuba menghadang jalannya. Haa…main hadang jalan pulak mamat ni,
dia nak apa sebenarnya.
“tunggu dulu cik
nada…saya kalau boleh tak nak perkenalan kita sampai dekat sini saja, kalau
boleh saya nak kenal lebih rapat lagi dengan cik”.
“kalau kita ada jodoh,
pasti kita akan jumpa lagi, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam…”.
Aliff farhan memandang
sepi sekujur tubuh itu pergi. Dalam hatinya sempat berdoa yang dia akan dipertemukan
kembali dengan gadis bernama nada najwa….to be continued…
Langgan:
Catatan (Atom)












